Raptai penuh pastikan kelancaran majlis



​​

Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Mohamad Azmi Haji Awang Damit




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Mac. - Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah akan diadakan pada Hari Jumaat malam Sabtu, 17 Ramadan 1447 Hijrah bersamaan 6 Mac 2026 Masihi, pukul 9.00 malam bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Antara pengisian acara ialah Pemakluman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1447H dan Persembahan Peserta Terbaik bagi Setiap Kategori.

 

Sehubungan dengan itu, latihan penuh diadakan pagi tadi bagi memastikan pelaksanaan majlis berjalan dengan lancar dan sempurna.

 

Hadir sama menyaksikan latihan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof; dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

 

Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; dan Pengarah Urusan, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), Dayang Hajah Rashidah binti Haji Sabtu.

 

Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan juga para pegawai kanan dari kementerian-kementerian yang berkenaan serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi yang terlibat.

 

Tema bagi Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah ialah “Mengukuhkan Pembelajaran Al-Quran dan Menghayati Ajarannya".

 

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan, Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, dan BDCB.


Close